blog-1

Bolehkah Caj Penyenggaraan dan Cukai Taksiran Digabungkan?

Terlalu banyak persoalan mengenai caj yang akan dikenakan apabila mendiami di rumah jenis strata. Caj penyenggaraan(maintenance fee), cukai taksiran (assessment rate), cukai pintu, cukai tanah, insurans kebakaran. Terlalu banyak untuk di bayar!

Maka, timbullah idea pihak tertentu untuk mengabungkan cukai taksiran dan caj penyengaraan. Dengan penggabungan caj bayaran tersebut, adakah ia mampu meringankan beban pembayar atau sebaliknya?

Persoalan pertama.

Siapakah yang berhak menentukan kadar cukai taksiran dan cukai penyengaraan?

Cukai Taksiran

  1. Kadar bayaran cukai taksiran ditentukan oleh Pihak Berkuasa Tempatan.
  2. Bayarannya perlu dibuat 2 kali setahun.
  3. Pengiraannya melibatkan asas nilai tahunan atau asas nilai tambah.
  4. Setiap kawasan mempunyai kadar yang berbeza. Kawasan di luar bandar, mempunyai kadar peratusan yang rendah, manakala cukai taksiran di bandar kadar peratusannya lebih tinggi berbanding di kawasan luar bandar.

Caj Penyenggaraan

  1. Kadar bayaran bagi caj penyenggaraan ditentukan oleh Badan Pengurusan/JMB/MC .
  2. Perlu dibayar setiap bulan.
  3. Pengiraannya melibatkan keluasan kaki persegi dan kadar selenggara.
  4. Bayarannya sama rata untuk setiap unit. *Kecuali keluasan kps lebih luas

Persoalan kedua.

Kenapa perlu bayar cukai taksiran dan caj penyenggaraan?

Cukai taksiran - Sebagai membantu kerja selenggara dan pengurusan infrastruktur, sistem lampu, pergurusan sampah, pembersihan perparitan dan sebagainya. Tertumpu kepada kawasan/daerah kita tinggal.

Caj penyenggaraan - Untuk kerja selenggara dan pembaikan di bangunan kediaman seperti kerja pembersihan,lanskap dan sebagainya. Hanya tertumpu pada kawasan bangunan kediaman sahaja.

Persoalan ketiga.

Bagaimana pengagihan pendapatan akan dibuat jika ia dapat digabungkan?

Memandangkan kedua-dua jenis bayaran ini adalah jenis yang berbeza maka ejen pemungut pun berbeza.

  1. Cukai Taksiran di bawah Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171)
  2. Caj Penyenggaraan di bawah Akta Pengurusan Bangunan Strata 2013 (Akta 757)
  • Hasil dari kutipan caj penyelenggaraan itu akan dimasukkan ke dalam Akaun Penyenggaraan atau Akaun Kumpulan Wang Penjelas atau Sinking fund.
  • Sebenarnya boleh atau tidak dua caj ini digabungkan?
  • Dari sudut positif, dalam tempoh jangka masa panjang ini akan menjanjikan keseragaman dan kesenangan kepada Badan Pengurusan.
  • Dari sudut negatifnya ialah penerimaan masyarakat. Peningkatan bayaran cukai dan peningkatan kos sara hidup boleh terjadi.

Dua undang-undang berbeza, melibatkan dua entiti yang berbeza.

  • Dua akta yang berbeza telah diberikan mandat untuk mengutip cukai dan caj penyelenggaraan. Jadi mengapa perlu mencampuradukkan sistem dan tanggungjawab dua pihak?
  • Malah, Akta 757 juga telah dibuat pindaan mengenai siapa yang diberi mandat untuk menguruskan bangunan strata.

 

Sila ambil perhatian, bahan yang tersedia adalah maklumat umum sahaja, dan boleh berubah tanpa notis. Maklumat yang disediakan dalam laman web ini tidak boleh digunakan sebagai pengganti undang-undang, kewangan, hartanah atau nasihat pakar lain. Elelong Services menafikan semua liabiliti, tanggungjawab dan kecuaian untuk kerugian atau kerosakan yang timbul secara langsung atau tidak langsung yang ditanggung oleh mana-mana pihak akibat daripada penggunaan maklumat yang dipaparkan di laman web ini atau bahan yang timbul daripadanya.

Share

Copyright © 2025 Elelong Services Sdn. Bhd. All Rights Reserved.