blog-1

5 Isu Penting Yang Anda Perlu Tahu Sebelum Beli Rumah Lelong

Lelongan hartanah menjadi semakin hangat dan ramai yang semakin berminat kerana kebanyakan dengan harga lebih rendah dari harga pasaran.

Sebelum anda membuat keputusan untuk membeli hartanah lelong, anda perlu ketahui beberapa isu utama berkaitan hartanah lelong:

1) Tunggakan Bil & Cukai

  • Kebiasaannya bank yang melelong akan membayar tunggakan bil yuran pengurusan, cukai-cukai dan lain-lain tunggakan terhadap rumah lelong.
  • Terdapat bank atau sesetengah lelongan di mana sebahagian tunggakan perlu dibayar oleh pembeli.
  • Sekiranya anda perlu membayar sebahagian dari tunggakan bil, sila semak terlebih dahulu tunggakan semasa di pejabat berkaitan.

2) Harga Rezab dan Nilai Pasaran

  • Harga Rezab ditetapkan pada Nilai Pasaran dan harganya akan berkurangan sebanyak 10% bagi setiap lelongan berikutnya.
  • TIDAK SEMESTINYA berlaku untuk lelongan Mahkamah Tinggi dan Pejabat Tanah.
  • Harga rezab akan ditetapkan kembali kepada nilai pasaran walaupun ianya bukan lelongan pertama.
  • Pinjaman yang akan diberikan nanti akan berdasarkan Nilai Pasaran dan bukannya harga akhir yang anda beli di dalam Kontrak Jualan.

3) Deposit Hangus

  • Deposit yang anda bayar (biasanya 10%) akan ‘hangus’ sekiranya anda membatalkan pembelian atau gagal menyempurnakan pembayaran dalam tempoh yang ditetapkan (90 hari / 120 hari) di dalam Syarat Jualan.
  • Dalam pembelian lelong, faktor masa adalah sangat kritikal melainkan terdapat faktor di luar kawalan yang membolehkan bank memberi kebenaran lanjutan masa seperti perlu mendapatkan kebenaran Pihak Berkuasa Negeri untuk masalah tertentu dan sebagainya.
  • Jika anda tidak dapat untuk mematuhi tempoh berkenaan, sila buat rayuan kepada bank untuk tempoh lanjutan. Lanjutan tertakluk kepada budi bicara dan faktor kelewatan.

4) Pastikan Pinjaman Tiada Masalah

  • Jika anda bercadang untuk mendapatkan pinjaman untuk pembelian, pastikan anda telah menyemak kelayakan mendapatkan pinjaman sebelum memasuki lelongan.

5) Adakah sesiapa mendiami rumah tersebut

  • Sila lawat periksa rumah sebelum membida.
  • Jika terdapat tanda-tanda rumah didiami seseorang, cuba untuk bertanya dan pastikan sama ada mereka adalah pemilik atau penyewa.
  • Tanya juga sama ada mereka mengetahui rumah berkenaan akan dilelong dan sama ada mereka bersedia untuk keluar atau sebaliknya jika telah dilelong.
  • Ada sesetengah pemilik yang mungkin tidak akan memberikan kerjasama atau bersikap agresif.
  • Jika demikian, cuba elakkan untuk membida hartanah sebegini kerana ia mungkin mengambil masa yang panjang dan kos tambahan untuk mendapatkan perintah mahkamah melainkan ia tidak menjadi masalah kepada anda.

Pembelian hartanah lelong biasanya sinonim dengan pelbagai masalah, namun jika anda mengetahui masalah-masalah yang mungkin terlibat dan mengetahui penyelesaiannya maka tiada masalah untuk meneruskan pembelian. Perkara lain yang perlu anda ketahui ialah sama ada pemaju masih wujud atau bankrap dan sama ada hartanah berkenaan adalah bumiputera atau rezab melayu.

 

Sila ambil perhatian, bahan yang tersedia adalah maklumat umum sahaja, dan boleh berubah tanpa notis. Maklumat yang disediakan dalam laman web ini tidak boleh digunakan sebagai pengganti undang-undang, kewangan, hartanah atau nasihat pakar lain. Elelong Services menafikan semua liabiliti, tanggungjawab dan kecuaian untuk kerugian atau kerosakan yang timbul secara langsung atau tidak langsung yang ditanggung oleh mana-mana pihak akibat daripada penggunaan maklumat yang dipaparkan di laman web ini atau bahan yang timbul daripadanya.

Share

Copyright © 2025 Elelong Services Sdn. Bhd. All Rights Reserved.