blog-1

Apakah Itu Kaveat?

Kaveat ialah sekatan atau pendaftaran halangan untuk melindungi kepentingan pihak-pihak tertentu ke atas sesuatu hartanah.

8 Soalan Lazim Mengenai Kaveat

1. Apa maksud kaveat?

  • Kaveat bertujuan untuk menghalang sebarang urusan daripada berlaku ke atas hartanah tersebut.
  • Apabila kaveat didaftarkan ke atas sesebuah hartanah, pemilik berdaftar tidak lagi mempunyai kuasa untuk melakukan sebarang urusniaga terhadap tanah tersebut sehingga kaveat tamat tempoh.

2. Apakah bentuk urusan yang tidak boleh dilakukan ke atas tanah yang mempunyai kaveat?

  • Sebarang urusan jual beli tanah seperti menjual, menggadai, menyewakan atau urusan pindah milik ke atas tanah tersebut sehinggalah kaveat tersebut dikeluarkan atau tamat tempoh.

3.Siapakah yang perlu mendaftar kaveat?

  • Tuan tanah yang ingin melindungi tanah daripada urusniaga palsu dan dicuragai.

4. Berapakah jenis kaveat?

  • Kaveat terbahagi kepada 4 jenis iaitu,
  1. Kaveat Pendaftar - Kaveat yang dimasukkan (didaftarkan) oleh Pendaftar Tanah ke atas Dokumen Hakmilik
  2. Kaveat Persendirian - Kaveat yang boleh dimasukkan oleh individu atau badan persendirian yang mempunyai kepentingan ke atas sesuatu tanah tersebut.
  3. Kaveat Pemegang (Lien) - Kaveat yang dimasukkan oleh individu atau sebuah badan yang mana memegang dokumen hakmilik sebagai cagaran untuk tujuan tertentu seperti pemberian pinjaman (contohnya bank).
  4. Kaveat Amanah - Kaveat ini hanya dimasukkan oleh Pendaftar terhadap sebarang tanah atau kepentingan yang dimiliki oleh seseorang individu atau badan sebagai pemegang amanah.

5. Adakah kaveat boleh dibatalkan?

  • Boleh! Ada beberapa cara kaveat akan terbatal. Antaranya pemasuk kaveat sendiri ingin menarik balik kaveat, arahan mahkamah serta kaveat telah luput.

6.Berapakah tempoh sesuatu kaveat?

  1. Kaveat Pendaftar - Ditentukan oleh pendaftar hakmilik
  2. Kaveat Persendirian - 6 tahun
  3. Kaveat Pemegang (Lien) - Ditarik balik oleh pemegang lien, Dibatalkan oleh Pendaftar bila hutang telah dibayar sepenuhnya atau bila tanah dijual melalui perintah jualan.

7. Berapakah bayaran yang dikenakan untuk memasukkan kaveat ke atas tanah?

  • Harga bergantung kepada pejabat tanah kawasan anda. Anda boleh rujuk kepada laman web pejabat tanah negeri masing-masing.

8. Apakah cara untuk melakukan kaveat?

  • Anda perlu ke pejabat tanah masing-masing untuk urusan kaveat.
  • Sila buat semakan status tanah yang ingin anda beli dikhuatiri tanah tersebut terikat dengan sebarang kaveat.

 

Sila ambil perhatian, bahan yang tersedia adalah maklumat umum sahaja, dan boleh berubah tanpa notis. Maklumat yang disediakan dalam laman web ini tidak boleh digunakan sebagai pengganti undang-undang, kewangan, hartanah atau nasihat pakar lain. Elelong Services menafikan semua liabiliti, tanggungjawab dan kecuaian untuk kerugian atau kerosakan yang timbul secara langsung atau tidak langsung yang ditanggung oleh mana-mana pihak akibat daripada penggunaan maklumat yang dipaparkan di laman web ini atau bahan yang timbul daripadanya.

Share

Copyright © 2024 Elelong Services Sdn. Bhd. All Rights Reserved.